Monday, April 08, 2013

Day 3 :Disneyland Hong Kong, kami datang

Day 3 Part 2

Trip to HK Town

Dalam pukul 4.30 gitu.. kami pun bergerak ke town. Misi pertama adalah Ladies Market ( untuk beli souvenir) dan kemudian ke Avenue of Stars untuk tengok laser

Since  En Hubby telah mentelaah map MRT dia dengan tekun.. so kita ikut jer... agak senang la jugak.. sebab stesen MRT ni betul-betul dekat dengan Disneyland. Cabaran kami pada hari tu adalah kitaorang keluar betul betul waktu orang balik kerja.. so terpaksalah bersesak dengan warga Hong Kong yang nak balik kerja....dengan orang Malaysia yang pei makan angin

Berjalan dengan 4 orang kanak-kanak yang riang di tengah -tengah kota Hong Kong agak mencabar..... hahhaha..dengar suara aku jer kat Hong Kong tu... aku paling risau kalau aku dengan En Hubby terpisah... so kitaorg dah buat countermeasure siap-siap...1. duit dibahagi sama banyak... dan anak-anak pun bahagi 2.... 2. sesapa yang ternaik tren dulu... terpisah... must turun next stop. alhamdulilah.... kami selamat mengharungi... hahahha.. cuma kalau orang kata orang malaysia tak prihatin dalam tren.. kat HK lagi... aku siap dukung arif.. terhoyong hayang.. takde sapa pun pelawa tempat duduk......takpelah... pengalaman...

Nie amount untuk beli tiket:
Beli Octopus tiket, total price for whole family + deposit + top up amount
(150+150+90+90+90) = $570 = RM223.

Nie semua tak jadi... cansel plan...
Tuesday 8pm (12/3/2013) & Thursday 5pm (14/3/2012)
Disneyland -> Citigate (8pm)
-----------------------
Disneyland             -> Sunny Bay
Sunny Bay (Platform 1) -> Tung Chung
Exit C
16 minutes
Ticket Adult/Children ($12.6/$6.2)

Citigate -> Disneyland (11pm)
-----------------------
Tung Chung             -> Sunny Bay
sunny Bay (Platform 3) -> Disneyland
16 minutes
Ticket ($12.6/$6.2)
Total return trip ($25.2/$12.4)

So ni journey ke Mongkok and Avenue of Stars
Thursday (14/3/2013)
Disneyland -> Avenue of stars (7pm)
-------------------------------
Disneyland              -> Sunny Bay
Sunny Bay  (Platform 2) -> Nam Cheong  (Tung Ching Line)
Nam Cheong (Platform 2) -> East Tsim Sha Tsui (West Rail Line)
Exit J.
33 minutes.
Follow the signs to the Avenue of Stars.
Tiket ($17.9/$9)

Avenue of Stars -> Ladies Market (8.30pm)
---------------------------------
Tsim Sha Shui -> Mong Kok
Exit E2.
Walk towards Shantung st, along Nathan Road.
7 minutes
Tiket ($4.9/$2.6).

Ladies market -> disneyland (11pm)
-------------------------------
Mong kok               -> Lai King
Lai King (Platform 3)  -> Sunny Bay
Sunny Bay (Platform 3) -> Disneyland
33 minutes
Ticket ($17.9/$9)

Total Ticket price ($40.7/$20.6)

Ni dalam Disney tren... semuanya Mickey Mouse

Nak tukar tren ke Mongkok


Mongkok- ada Ladies Market... emm.. aku fobia shopping di sini.. tak pandai la.. end upnya aku balik shopping di Hotel.. biar mahal... peniaga dia tak garang... ahahhaha
Ladies Market, Mongkok

Ladies Market
Dari Ladies market nie.. naik tren balik ke Avenue of Stars.. turun di Tsim Sha Shui.. dan walking distant ke Avenue of Stars. Suhu pada waktu ni sangat la sejuk... kesian budak-budak.. mengigil-gigil....habis jer pertunjukan laser tu... terus gerak ..sebab budak-budak pun letih.....kesian dorang.. kena jalan lagi seblum naik tren...
Avenue of Stars

Tersangat lah sejuk....mengigil-gigil


On the way balik... tren dah kosong
Kami sampai semula ke Stesen Disneyland dalam pukul 10.30 malam... anak-anak dah lunyai letih.. hubby sempat tukar octopus card.. dan dapat balik duit.. untuk beli souviner kat Hotel
Bye-bye tren Disney

1 comment:

Puan Mimi said...

thanks for the good info. itenary ni sama macam yang akan saya pergi nanti. lepas keluar DL, nak ke Arena of Star then ke Ladies Market. sedikit sebanyak, saya dapat info cara2 nak ke sana. thanks!