Tuesday, May 31, 2016

Perth Travelog : Day 3 Part 3

Dari Kings park ke Barack st ni dekat jer.... Objective kat sini adalah beli souvenir dan perfume.
Souvinier beli di City Gifts & Souvenirs; dan perfume pulak di Chemish Warehouse. semua ni dekat dekat jer. Kami parking di Pier Street carpark. Then jalan kaki je ke semua tempat tue...

Malam ni kami dinner di Insan Cafe, betul betul sebelah kedai perfume nie...Average harga kat cafe ni adalah AUD10. Lepas dinner. kami ke Elizabeth Quay pulak. Dekat je dari city... sesapa yang datang wajib ambik gambar kat sini, sebab memang superb. Keindahan rimba kota yang sangat awesome



Barrack Street
Depan kedai
dah lepas borong
Perfume dekat Chemist Wholesales


Elizabeth Quay

Hutan bandar yang sangat Awesom. Muka semua dah letih tu..



1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1Part 2Part 3
5) Perth Travelog : Day 4

Perth Travelog : Day 3 Part 2

Next destination adalah Blue Boat House di Swan river. Tempat ni sangat unik  Background dia macam dalam poskad. Blue Boat ni  sebenarnya betul betul tepi jalan raya jerr.. ..tapi bila ambik gambar, gambarnya amatlah subhanallah..sangat awesome. Nak ambil gambar kat sini kena Q, sebab ramai nak ambil gambar.. nasib kami baik.. masa kami datang  tempat ni masih kosong.

Untuk ke sini ada beberapa parking.. boleh parked kat situ dan kena la jalan skit..kat Ausisse ni tak boleh la suka suka nak parking mana mana.. kang kena saman susah...

Alhamdulilah..rezeki kami kat kat Blue Boat.., sebab kami nampak dolfins kat sini tengah main main dengan boat.. hahahha..  rezeki, rezeki nampak juga dolphin since kami tak pergi madurrah pun untuk activities tengok tengok dolphins nie...

Selepas Blue Boat ni kami ke Kings Park untuk picnic dan makan pavlova. Crust dibawa dari Malaysia. Cream dan strawberry beli di Coles. Strawberry kat sini ni memang sangat manis....



cantik view dia

Feeling Hindustan

all team

tengak rumput dia... hijau betui
model pavlova

feeling jiwang jiwang skit

View dari Kings Park
Next pit stop adalah Barrack St untuk shopping souvenir dan perfume.. yeaaa.. at last shopping time....

Next
Perth Travelog : Day 1 Part 1
Perth Travelog : Day 1 Part 2
Perth Travelog : Day 2
Perth Travelog : Day 3 Part 1
Perth Travelog : Day 3 Part 2
Perth Travelog : Day 3 Part 3

Perth Travelog : Day 3 Part 1

Perth Travelog : Day 3 Part 1

Hari  3 agenda hanya di Perth City. Pagi ni sarapan spageti goreng. Bahan mentah di beli di Coles. Sebelum ke Caversham,fFirst destination ke Danish Pattisseries. Jangan risau,  ada halal certification. Danish Danish kat sini agak murah ( compare to others bakery  shop di Perth) dan rasanya sedap.  

Dari sini kami terus ke Caversham Park. Ada animal show pada pukul 10.00 am.. tapi rasanya tak sempat, sebab sampai pun dah pukul 10. Caversham Wild Life park ni adalah pusat pemuliharaan kangaroo, koala, wombat. Tiket masuk AUD27.  In schedule kami di sini sampai pul 12.00 tgh hari.  Kami solat jamak dekat sini, since dia ada area berbumbung.. alang alnag ada ramai org Malaysia tengah solat kat sini jugak… so tumpang sekaki….so tak la awaken sangat

Fakta tentang Koala bear : Perlu tidur 22 jam sehari, kalau tidak sakit.. masa dia tidur tak boleh sentuh. Bising ok.. macam orang, if tidur, then ada orang sentuh sure terjaga kan.. sama macam koala

Dari Caversham, kami pergi lunch Nando di Beechboro… lebih kurang 10 minit jer dari Caversham ni… Don’t worry Nando’s ada halal.. boleh dimakan tanpa was was... dah boring dah makan fish and chip...hahahah


Assorted
Halal Certificate
Depan kedai Danish


Depan pintu masuk
Gang travel@ Perth

Hubby jumpa kawan dia
With Sisters

With my sista


with Wombat
Dengan koala

makan Nando's 1 set lebih kurang AUD15


1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1Part 2Part 3
5) Perth Travelog : Day 4

Saturday, May 21, 2016

Perth Travelog : Day 2

Perth Travelog : Day 2

Schedule patut keluar pukul 7.30 am, tapi terlewat skit.. kul 8.00 am baru gerak. Breakfast kami adalah  Nasi  Lemak Nasi dari Nasgera. Lepas berakfast, kami checkout. Our first destination adalah Busselton Jetty. Jarak dia lebih kurang 15 minit jer dari motel...Jetty nie adalah the longest wooden jetty di Hemisfera Selatan..hebat kan...

Lepas posing lebih kurang.. kami bergerak ke Augusta which ke Cape Leeuwin Lighthouse. Top 10 National Geography Ocean View. Kat sini juga adalah tempat di mana pertemuan 2 laut. – Indian Ocean & Southern Ocean. nak masuk sini kena bayar AUD8. Dia siap bagi alat cam walkie taklie untuk dengar explanation setiap landmark. Ala ala tourist guard.  Lunch kami pulak di Blue Ocean tengah tengah town Augusta.

Lepas lunch, kami bergerak ke Margaret River Chocolate Factory..On the way ke sini, kami sempat singgah di Ladang Anggur kat tepi jalan Briarose Estate. Since sekarang musim luruh, so takde la angguryer.. ambil gambar dengan pokok anggur jer... Solat pulak di town Margaret River. Ada public garden… ada toilet kat situ untuk ambil wuduk… solat atas padang jer….letak sejadah, then solat kat atas rumput jer....(lupa pulak nak ambil gambar)

Di Margaret River, kami hanya minum hot chocolate. Nak beli chocolate agak mahal… hihihi, so tak beli pun…. Dia ada bagi free sample, so la pau skit.. sebab takde control pun…. Kami bergerak dari Margaret River lebih kurang pukul 5.30 pm, so dari sini terus ke our homestay di Holiday Cottage House di daerah Thornlie.. Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 am. Sempat singgah di Coles untuk beli barang grocery skit...

Masa di Coles ni ada kejadian sikit, agak horror la juga....begini ceritanya, sampai saja di Coles, kami yang ladies ni masuk Coles, hubby aku teman, since masa tu dah 8.30pm , Coles ni pun nak tutup..( closed at 9.00 pm) dah nak tutup.. so agak sunyi skit....hubby adik aku dengan hubby kawan aku ni lepak kat parking sebab dorang nak smoking... so masa smoking ni.. dorang didatangi orang Australia.. (  maybe tapi nampak lebih Middle East) untuk "pow" rokok... siap panggil  "eh Asian people".. garang siut..  dorang takut ..takut terus bagi.. hahaha.. . ( habis stock dorang)..dah la rokok kat Perth AUD30... yang masuk dalam Coles ni tak tau pun yang kat luar kena pow... yang kami nampak.. budak budak tu lari lari masuk dalam Coles, gelak gelak... so kami siap mengata .. ni golongan rosak ni... tak sangak pulak.. dorang lari ke dalam sebab seronok dapat pow rokok...ingatkan  kes pow tu je ..sampai situ jer..


Tapi masa  kami nak balik.. gang gang  ni tadi tengah bergaduh la pulak. berebut perempuan ke tak tau la.... bertumbuk- tumbuk/ berdarah-darah dekat  area parking kereta kami. fuhh..kami tak berani nak dekat dengan kereta pun.. last sekali kami minta tolong guard untuk teman bawa ke kereta... cepat cepat masuk kereta.. then terus ke homestay.. fuuhh.. berdebar-debar ooo... pengalaman betul.. hahahha..Rupanya. since rokok sangat mahal, jadi dorang pantang tengok orang lepak hisap rokok.. they try to pow..


Sampai je  Homestay terus mandi.. dinner kami Maggie dan Nasi segera lagi.. Lepas dinner.. terus...zzz...letihhh...



Depan motel
Background Busselton Jetty
Welcome to Augusta
Dah nampak rumah api Cape Leeuwin
aksi Lompat.. hihiih
Lompat si Katak Lompat
Cape Leeuwin
I love this picture
Pertemuan 2 lautan
Best photo






Depan Motel



The Longest Wooden Jetty in  South Hemisphere 




Top Ten Ocean View

Ladang Anggur







Minum Hot Chocolate


Pokok Mapel



1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1Part 2Part 3
5) Perth Travelog : Day 4