Thursday, May 19, 2016

Persediaan ke Perth- General Info, Budget and Expenses


Preparation sebelum ke Perth

Visa
Bayaran untuk Visa adalah sebanyak RM20. Boleh di buat online. Kami buat di IAdventure Escape.  ( www.iae.travel). Pejabat dia di KLCC. Bayaran RM20. Visa siap on the spot. As complimentary dapat sim card Aussie Optus yang ada AUD2 dengan 500mb untuk daily used
 Image result for view musim luruh di perth
Waktu
Waktu Perth sama dengan Malaysia, so tak perlu adjust jam. Cuma malam di Perth ni cepat gelap

Matawang
Sila rujuk latest currency. Normally RM X 3.01

Barang Larangan
Australia ni agak straight untuk membawa masuk barangan yang berasaskan tenusu, daging. Even dia sangat particular dengan tanah yang melekat pada selipar yang kita bawa. Sila declare semua barang makanan yang dibawa masuk untuk keselamatan tidak di buang dan didenda

Rokok maksimum boleh dibawa adalah 50 batang. So sila beware yer.

Kenderaan
Pemandu adalah Right Driver, jadi tak de masalah untuk drive di Perth. Lesen antarabangsa tidak diperlukan. Make sure lesen memandu Malaysia  masih valid. Halaju di Perth max adalah 110km/jam.(tak semua area) Sila patuhi halaju . Denda adalah tinggi … lebih kurang AUD 300.

Kami ambil kereta dari Burswood  ( www.burswoodcarrentaks.com.au) Ambil dan pulangkan di Aiport. Senang tak payah susah susah. even kami tak jumpa pun owner dia kereta. Duit paking dia letakkan dalam dashboard.Masa nak keluar dari  parking airport nanti kena bayar...

Kami ambil unlimited kilometer with full insurance covergae. Since tak jumpa pun owner kereta masa ambil kereta tu. dia akan bagi defect list dalam dashboard kereta. So silalah check dented, calar dan sebagainya masa ambil kereta tu.

Kunci kereta ada diletakan dalam peti besi dalam kereta. Dia akan email the password. Masa nak pulangkan kunci pun sama. letakkan kunci dalam box tu lock dan biarkan. Syarat dia hanya park di Lane 9 or 10.




Travel Insurance
Kami ambil dari Etika. Ada 2 cara untuk beli,:
1.Beli online, then print policy
2. Boleh walk in beli di mana mana Maybank




Cuaca
Perth mengalami iklim mediteranian. Ini bermakna sepanjang tahun secara amnya cuaca panas dan nyaman. Pada musim sejuk, mash ada matahari walaupun hanya sketika pada watu siang

Musim Bunga
September – November

Musim Panas
December – February

Musim Luruh
March—May

Musim sejuk
June -- August

Surau
Di aiport Perth ada Surau. Dia panggil Silence Room. Yang lain lain.. kami solat di padang, or hidden place... senang senag je as long ada toilot untuk wuduk




Surau di Airport Perth
Tools/ gadget
1. Detail Itinerary dengan file folder yang ada banyak poket untuk letak semua document penting masa travel
2. Telefon + google map yang dah didownload dari Malaysia siap siap.. Alhamdulilah 100% accurate
Telefon ttu dah di download dengan google map.. So boleh guna secara offline without data

                                             Click here to view itinerary in pdf  (easier to read)

Summary Journey kami


Budget  & Expenses
Total Expenses kami lebih kurang RM1500/ person..Cuba tengok detail kat bawah





1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4


2 comments:

lan_genereux said...

Salam nak tanya sket...burswood car rental tue ada hidden charge apa2 x?or kita bayar apa yg dia showed dekat website dia je

farah said...

Takde hidden charge. Semua charge dah disenaraikan kecuali extra mileage saja. Tu dia charge selepas pulangkan kereta (reason: dia ada mention dlm website faq)