Wednesday, April 01, 2015

@Jeju Day 3

Hari ni seawal 4.30pm dah bangun.. untuk tengok sunrise di  Seongsan Ilchulbong ( 성산일출봉 )... lepas solat subuh ..terus ke Ilchulbong.. jarak dari hotel cuma dalam 5 minit drive..... untuk masuk ke sini kena bayar tiket masuk... so lepas bayar.. kami pun mendaki.. tinggi juga la puncak Ilchulbong nie... mau jugak semput mendaki...hik..hik..
Temperature sangat la sejuk.. lebih kurang 10 darjah celsius.... mengigil + penat mendaki....lepas mendaki dalam 30 minit.. kami pun sampai... dah ramai rupanya.. dan yang best part ramai ahjumma yang naik relax jer.. aku yang muda ni semput semput...

Bersedia untuk mendaki
Sun rise dalam kul 5 minit sebelum kul 6am.. Subhanaallah.. sungguh cantik..habis jer tgk sunrise.. kami posing posing skit.....then kami pun turun.... satu yang istemewa kat Ilchulbong...dia adalah puncak gunung berapi yang recognized sebagai world nature heritage ... di bawah gunung berapi tu ada laut yang terkenal dengan Haenyeo @ female divers..ahjumma yang boleh tahan nafas panjang menyelam cari mutiara dan tiram.. since masatu pagi sgt.. so tak dapatlah nak tgk....

Lepas tu.. kami gerak balik ke hotel and check out.. then next destination adalah Seopjikoji ( 섭지코지 ) tempat ni selalu jadi tempat buat filem....mm .. kat sini banyak la nampak org malaysia...Antara main objective aku ke Korea especially Jeju ni adalah nak tengok bunga canola.. so hari ni misi adalah misi nak mencari canola.....ahlamduliilah.. tercapai cita-cita... since kami jelajah banyak kawasan pendalaman Jeju ...

Seongsan Ilchulbong ( 성산일출봉 )





Next destination adalah Seongeup Folk Village ( 성읍민속마을 )  .. ni adalah perkampungan asli org korea dinding rumah dibuat daripada tanah lumpur & atap dari jerami. Then kami continue lagi driving ke Sangumburi  Crater ( 산굼부리 ). tempat ni pun kawah gunung berapi yang dijadikan taman negara.Alang- alang kami solat kat sini jer, parking luas.so senang nak solat. Seterusnya kami Driving di Bijirin Road. Cross tengah tengah pulau.. cantik jalan nie, ala ala rezab hutan cam tu..di tambah cuaca sejuk.. so rasa rasa cam Salem High Country gitu...

Then kami ke Manjanggul Cave ( 만장굴 ). Sepanjang jalan ke sini banyak sangat canola di tepi jalan... apa lagi.. since drive sendiri, so sesuka hati la berhenti mengambil gambar. Plan nak singgah Jeju loveland ( 제주러브랜드 ), unfortunately tak sempat.
Ladang Canola

Sebelum pulangkan kereta, konon konon nak drop beg dulu.. so masuk town untuk check in.Motel Monaco ( 모텔모나코 ) Nasib baik terlintas nak check in awal, sebab rupa-rupanya bilik yang kami booking tu dah di letgo. Therefore hotel tu sangat responsible, dia dapatkan bilik baru masa tu juga. So new room adalah EJ hotel. Kami ambik traditional korean style bilik tidur.

Lepas check in, pulangkan kereta, then dari tempat sewa kereta dia ada shuttle bus ke Airport. Dari airport ambik cab balik ke hotel. Then kami just pesan kat receptionist untuk bagitau cab untuk pick early in the morning, because flight kul 8 pg balik ke Seoul




Our Room

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)