Thursday, March 12, 2009

Menambahkan susu badan


1.Menyusu (direct feed) atau Pam lah susu sekerap yang boleh. FEEDING IS ON DEMAND. Dan Konsep demand & supplyNamun sebagai panduan: every 1 1/2? - 2 hours sewaktu siang dan every 3 hours mesti kejutkan baby utk menyusu. Jika pam, Walaupun hanya dapat 1 oz, its ok. teruskan mengepam dan menyimpan. Lebih bnyk demand, lebih bnyk supply.


2. Susuilah baby kedua2 belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih bnyk penghasilan susu.


3. Walaupun digalakkan ibu direct feed baby mereka, namun jika ada yg tidak dapat berbuat demikian kerana kerja dsb, pam lah dengan menggunakan pam yg baik dan hospital grade kerana ianya membantu ibu2 yang menyusukan anak secara eksklusif. Ini diakui ramai. Pilihlahpam yang berbaloi walaupun agak mahal.


4. Pastikan baby meet all his sucking needs atau menghisap pd kadar maksimum pada payudara. Didapati ada bayi yang gemar menggonggong, sukar lepaskan puting mamanya. Biarkan si manja menghisap as this will help to stimulate mom’s supply. JANGAN/JAUHI puting/pacifier atau dummies.


5. Dinasihatkan tidak introduce baby kepada makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan stimulation pd breast si ibu. Jika anda khuatir adakah si anak cukup susu ibu dr payudara, anda boleh lihat diaper baby dan kekerapan baby buang air kecil atau besar.


6. Dari segi penjagaan si ibu pula, rehatlah sekucupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as proven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.


7. Dr segi pemakanan, minumlah air masak secukupnya. Ada pelbagai supplement untuk menambah susu ibu, namun tidak semuanya ’serasi’ dengan si ibu. Antara yang berkesan adalah fenugreek. adalah lebih bagus jika ibu mengambil fenugreek dan menyusu/pam sekerap yang boleh, kerana ianya akan meningkatkan keefisienan penghasilan air susu ibu. Fenugreek selamat untuk bayi jika ibu mengambilnya pd dos yang betul. Namun bagi ibu yg sedang mengandung atau athma, anda tidak dibenarkan mengambil fenugreek. Selain itu, pil ASI jga membantu. Pil ASI adalah jamu yang boleh meningkatkan air susu ibu. Namun, dos yang sesuai juga harus diambil utk mengelakkan kesan pd bayi yg disusukan. Milkmaid tea, Melilea Soy Oranic, Organic Henry, dan pelbagai protein lain juga boleh diambil kerana protein dan kalsium membantu in increasing milk supply. Drugs/pil2 hormon juga boleh diambil seperti maxolon, motilium, domperidone, raglan (ini boleh lead to depression/mood swing). Tetapi, dapatkan prescription doctor pakar sebelum mengambil pil2 ini.


8. Supplemen tradisional: Oh, ini merupakan amalan org2 tua dulu2 yang sememangnya tidak pergi ke farmasi atau berjumpa doctor. Saya ingin cadangkan HALBA( yg selalu digunakan dlm masakan nasi dagang), menggantikan fenugreek yang sgt efektif utk menambahkan air susu ibu. So, kalau anda tak berkesempatan beli suplemen di farmasi, beli saja halba di kedai2 runcit. InsyaAllah ada kesannya. Lobak putih, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, sawi, daun cekur manis, kacang hijau, kacang tanah, daun kucai, petola, bayam, longan kering juga dipercayai boleh meningkatkan air susu ibu. Anda boleh cuba pelbagai masakan. Selain menambah susu, anda boleh polish skill memasak =) Suami pun makin sayang =)


8. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. Ketika berjauhan, pam lah susu keluar sambil lihat gambar anak di hp, atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dlm hidup. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya.


source: http://www.sarakids.com

No comments: