Monday, March 30, 2009

Irfan.. 1st outing

Hari sabtu yang lepas... bawa Irfan jalan-jalan.. act nak bagi bibik cuti... so kenalah bawa si comey tue.. pepagi dah keluar pegi Hosp*tal Pantai, for injection ( 3 serangkai). untuk umur 2 bulan
Berat Irfan hari nie 6 kg.. dan tinggi Irfan dah 59cm

tgh breastfeed Irfan
Relax jer Irfan... tapi kat dalam tue Irfan macam lepas sauna.. hehhe



mama bagi pakai pant.. hehheh

Sessi masak-memasak....

Weekend lepas aku begitu asyik duk try resepi kat www myresipi.com .... nie recipi-recipi yang aku cuba...

1. Apam mekar ( 3x try... tak kembang-kembang pun....) tapi yang kali ke-3 trial ada peningkatan........
2. Donut.. ( yang nie sgt berjaya.. lembut dan sangat sedap)
3. Pai Tee (ala macam nasi ayam tue).. nei pun berjaya.. tapi terlemau... maybe tupperware tue tak berapa kedap udara....

Pai Tee yang dah masak


Apam keras and x kembang


Donut

apam... kali nie kembang.. tapi keras pulak....hehhe


Alhamdullilah....

hari jumaat lepas stock susu berkurang......tapi alhamdullilah... berjaya recover... buat macam mana.. hehhe.. aku paksa diri.. aku pegi pam pkul 2.30, sekali.. lepas tu kul 5.30 pm.. akhirnya aku dapat kumpul 18oz ari tue.....



p/s- gambar ambik kat surau....18 oz, rezeki Irfan

Friday, March 27, 2009

Minggu ke 2 keja.. Mayday.. mayday..

Risau lah... sejak semalam stock susu dah kurang skit.. biasanya aku akan dapat dalam 18-19 oz,. tapi semlm 17 oz.. 2 hari lepas 16 oz....macam mana nak buat nie......

kena cari petua-petua nie....tapi semua petua dah buat dah.. cuma minum air halba jer belum.....

nie pic yang berjaya EBM pagi tadi.. normally dapat 10 or 9 oz.. nie 8.5 oz......

tolong.......


Wednesday, March 25, 2009



Sessi Memasak : Apam Mekar tapi kuncup..


Semalam aku try buat kueh apam Mekar... tapi at the end, tak mekar-mekar sampai ke sudah.. hehheheheh.... yang paling best, masa kukus adunan yang pertama tue.. tup-tup gas abis.. hehhehe... yang 1st nie memand dah tau tak kan mekar..

2nd adunan... mula-mula nampak ok.... kembang-kembang... lepas tue.. keremok semacam..... takper.. lepas nie aku akan buat lagi... nak buat sampai berjaya... hhhe...

walau pun tak mekar.. apom tue tetap habis... dimakan kakak anis and hubby... depa kata sedap....... rasa memang sedap... tapi rupa jer kureng skit... hhehehe

nie la rupa apam tue...



Irfan dah letih dan tertidur tunggu mama buat apam... hehhehe


tengok... abis apam yang tak mekar nie...


rupa apam yang sudah masak...


masa mula-mula nak masak



2nd trial pun tak jadi.... tension...

Saturday, March 21, 2009

Irfan demam

Pagi tadi mama bawa Irfan pegi HPI opps.. dah tukar nama HPA @ H*spital Pantai A*pang... ahamdullillah... Irfan demam biasa jer......viral fever.....

Mama dah keja seminggu... nie summary EBM yang mama dapat sepanjang kat Opis

16/3/2009  : 18 oz
17/3/2009 : 19 oz
18/3/2009 : 20 oz
19/3/2009 : 19 oz
20/3/2009 : 19 oz
21/3/2009 : 18 oz

Wednesday, March 18, 2009





Wajah-wajah Irfan



Wallpaper

Masa dalam pantang.... aku dengan hubby ada projek menghias bilik untuk anis dan aida dan jugak bilik tetamu..... kami letak wall paper.... nilah hasil dia.........


Pintu bilik
Border
corak wall paper
Overview

p/s- hasil kerja Mohd Zubir enterprise... hehheheh....




Oto- Otoman....

Actually oto-otoman tue.. adalah ultraman.... tapi aida panggil nama tu... dia belajar dari Haikal...
nie la dia oto-otoman Aida...

satu otoman senyum...


satu lagi otoman sedih.... hehehe

Tuesday, March 17, 2009

1st day kerja...

Semalam 1st day masuk kerja.. emm... memang takde mood.. hehehe.. motivation "0", emm.. tapi yang happy nyer..semalam dapat kumpul 16 oz EBM..... alhamdullilah.. rezeki Irfan.....

Cerita pasai Irfan.... He's a very good boy... mama keja semalam... dia ok.. tapi sebaik jer jejak kaki kat rumah.. dan dengar suara mama.. terus cari -cari... lepas tue terus nangis... sweet sgt....

Sebab baru keja, so work load belum banyak lagi... actually, aku belum sedia pun untuk nak buat keja.. hahhaha......



nie gambar EBM yang berjaya diperah...


Thursday, March 12, 2009

Menambahkan susu badan


1.Menyusu (direct feed) atau Pam lah susu sekerap yang boleh. FEEDING IS ON DEMAND. Dan Konsep demand & supplyNamun sebagai panduan: every 1 1/2? - 2 hours sewaktu siang dan every 3 hours mesti kejutkan baby utk menyusu. Jika pam, Walaupun hanya dapat 1 oz, its ok. teruskan mengepam dan menyimpan. Lebih bnyk demand, lebih bnyk supply.


2. Susuilah baby kedua2 belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih bnyk penghasilan susu.


3. Walaupun digalakkan ibu direct feed baby mereka, namun jika ada yg tidak dapat berbuat demikian kerana kerja dsb, pam lah dengan menggunakan pam yg baik dan hospital grade kerana ianya membantu ibu2 yang menyusukan anak secara eksklusif. Ini diakui ramai. Pilihlahpam yang berbaloi walaupun agak mahal.


4. Pastikan baby meet all his sucking needs atau menghisap pd kadar maksimum pada payudara. Didapati ada bayi yang gemar menggonggong, sukar lepaskan puting mamanya. Biarkan si manja menghisap as this will help to stimulate mom’s supply. JANGAN/JAUHI puting/pacifier atau dummies.


5. Dinasihatkan tidak introduce baby kepada makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan stimulation pd breast si ibu. Jika anda khuatir adakah si anak cukup susu ibu dr payudara, anda boleh lihat diaper baby dan kekerapan baby buang air kecil atau besar.


6. Dari segi penjagaan si ibu pula, rehatlah sekucupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as proven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.


7. Dr segi pemakanan, minumlah air masak secukupnya. Ada pelbagai supplement untuk menambah susu ibu, namun tidak semuanya ’serasi’ dengan si ibu. Antara yang berkesan adalah fenugreek. adalah lebih bagus jika ibu mengambil fenugreek dan menyusu/pam sekerap yang boleh, kerana ianya akan meningkatkan keefisienan penghasilan air susu ibu. Fenugreek selamat untuk bayi jika ibu mengambilnya pd dos yang betul. Namun bagi ibu yg sedang mengandung atau athma, anda tidak dibenarkan mengambil fenugreek. Selain itu, pil ASI jga membantu. Pil ASI adalah jamu yang boleh meningkatkan air susu ibu. Namun, dos yang sesuai juga harus diambil utk mengelakkan kesan pd bayi yg disusukan. Milkmaid tea, Melilea Soy Oranic, Organic Henry, dan pelbagai protein lain juga boleh diambil kerana protein dan kalsium membantu in increasing milk supply. Drugs/pil2 hormon juga boleh diambil seperti maxolon, motilium, domperidone, raglan (ini boleh lead to depression/mood swing). Tetapi, dapatkan prescription doctor pakar sebelum mengambil pil2 ini.


8. Supplemen tradisional: Oh, ini merupakan amalan org2 tua dulu2 yang sememangnya tidak pergi ke farmasi atau berjumpa doctor. Saya ingin cadangkan HALBA( yg selalu digunakan dlm masakan nasi dagang), menggantikan fenugreek yang sgt efektif utk menambahkan air susu ibu. So, kalau anda tak berkesempatan beli suplemen di farmasi, beli saja halba di kedai2 runcit. InsyaAllah ada kesannya. Lobak putih, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, sawi, daun cekur manis, kacang hijau, kacang tanah, daun kucai, petola, bayam, longan kering juga dipercayai boleh meningkatkan air susu ibu. Anda boleh cuba pelbagai masakan. Selain menambah susu, anda boleh polish skill memasak =) Suami pun makin sayang =)


8. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. Ketika berjauhan, pam lah susu keluar sambil lihat gambar anak di hp, atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dlm hidup. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya.


source: http://www.sarakids.com

Wednesday, March 11, 2009

Irfan .. 2 bulan hari niee...

Hari nie genap umur Irfan 2 bulan.... alhamdullilah. mama masih lagi ekslusif bagi breastmilk pada Irfan.... mama sentiasa berdoa.. yang mama mampu breastfeed Irfan...selama yang mungkin.... tapi target mama.. sampai 2 tahun.. hehheh.. ( ok tak) heheh

wajah terbaru Irfan... masa 2 bulan...semakin bulat

 Irfan dalam pangkuan mama.. masa nie umur Irfan 1 bulan.....

Tuesday, March 10, 2009



Nak mula kerja....
minggu depan mama dah nak mula keja... so mama kena search berapa banyak mama kena tinggal EBM untuk Irfan.. since ni 1st time mama fully breastfeed baby mama.......risau gak takut tak cukup....
nie sumber yang mama dapat dari www.susuibu.com

culcalation untuk berat badan baby = berapa banyak susu kena bagi.....
1) 3-4kg akan minum 3.5oz susu setiap 2jam
2) 4-5kg minum dekat2 4oz setiap 2jam

3) 5-6kg minum 4.5oz setiap 2jam
4) 6-7kg minum 5oz setiap 2jam
berat irfan dah 5 kg ( last month timbang) so banyak jugak susu mama kena tinggal untuk Irfan yer......

Saturday, March 07, 2009


Ajar anak-anak semayang.....



Sweet kan.....

Pegi kenduri jiran kat belakang rumah..... semua meja ada benda nie.. unik.. ahak..

Irfan... 54 hari....

Hari nie Irfan dah 54 hari...... act mama boring tak tau nak buat apa.. sebab kita kita kurantine.. duduk dalam bilik jer.. sebab kak aida kena HFMD.. takut jangkit dekat irfan.....