Wednesday, April 12, 2006

Week 17th

Selera makan dah ok skit...... tapi selera tu ok sampai kul 7 malam jer.... lepas tue..... tekak aku dah tak nak menerima apa-apa makanan... la nie...setiap hari atas meja opis aku mesti ada makanan.... especially Granny Smith Apple ( Green Apple) .. hehhee.... dimakan bersama-sama garam.......uhh.... nikmatnyer..
Minggu lepas aku bercuti di kampung...... 5 days holiday........ada 2 kenduri my best friend........

Senarai makanan yang aku dapat makan sepanjang di kg
1. Gulai ketam + Nenas
2. Kerabu pucuk kaduk
3. Laksa mak aku yang sedapppp( laksa ikan+udang)
4. Mee kuah ketam
5. Gulai daging masa kenduri Eyda
6. Kari telur ikan yang sebijik2 tue....
7.Pucuk kaduk rebus +sambal belacan
8. Nasik ulam ( versi utara) -sedap ooo.... ulam2 dipotong halus, digaul dgn nasik putih, lepas tu masukkan ikan, kerisik,... nak sedap makan ngan sayuq keladi
*gulai = kari (cakap orang utara)

Yang belum aku makan...
1. Laksa campuq kat bawah pokok kat stesen KTM BM (dari zaman aku sek menengah nie)
2. Cha kueh Teow kat BM
3. Kerabu bunga ketik
4. Gulai nangka ngan tulang
5. Mee kedai Pak Pin
6. Nasi lemak abah yang dah tak jual lagi dah ( Nasi lemak+daging kicap+ikan bilis+sotong kering+kuah campuq-campuq)
7. Roti jala kuah durian.....
8. Dadih( susu segar + agar-agar, masuk dalam peti ais)

Yang nak makan lagi....
1. Laksa kat gerai Man
2. Rojak kat gerai Man
*kalau nak ikutkan macam-macam aku nak makan... hhehehehehhehe

1 comment:

Cik Easy said...

aku outstation sebulan kat Penang..hampir semua makanan besh2 dah balun dah.. char kuew teow bukit mertajam and keys char kuew teow kat seberang jaya pon besh///