Tuesday, January 02, 2018

Melancong ke Jepun : Persedian & Tips

As salam. ..
Saya nak share beberapa tip tip persediaan ke/semasa di Jepun yg saya dan hubby Mohd Zubir Khalid buat. .Hopefully dapat membantu especially yg bawa anak anak bawah 12 tahun. 1. Injection influenza. Terbaik diambil sebulan sebelum ke Jepun 2.Surat kedutaan Malaysia di tokyo. Surat di hantar melalui email ke kedutaan. Antara info yg perlu di masukkan dalam emel adalah detail perjalanan,no of pax,tempat tinggal di Jepun, pasport,etc




3. Tag keselamatan anak
Ni saya dapat dari group RTJ. Tag ni letak info penting. .if anak kita missing ( minta dijauhi), orang boleh hubungi.



4. Insurance
Of course ni paling penting. Kami ambil dari etiqa.

 5. Ubat ubat
Segala jenis ubat yg perlu. Anak no 3 saya kena ambil ventolin if dia batuk.. so dapatkan dari klinik. Elok juga bawa ubat nasal untuk hidung. Jangan lupa losyen badan,cream muka dan lip balm



6. Mini rice cooker
Kami bawa mini rice cooker. ( refer gambar nanti) boleh masak walaupun bila check voltan lain😅



















7. Kad halal.
Saya dapat info card ni dari group RTJ ni. . Saya print.. dan buat macam kad kecil. Saya bawa dan gunakan untuk beli barang especially makanan...



7. Others
i) seluar track kalis
Untuk jimatkan cost masa main ski,😅 kami bawa seluar track plastik (kalis air). Dlm seluar biasa, luar seluar nipis, waterproof ni.. Beli di jusco rm9. So tak payah risau seluar basah masa main snow...dan tak payah sewa baju untuk ski dekat ski resort.




ii) botol bidet
Untuk toilet yer..senang. .tapi skrg toilet di Jepun dah ada toilet bidet



iii) sim card.
Saya guna hello 1010 yg dibeli dari annie dari group RTJ ni. ... so sampai airport terus boleh guna telefon.

No comments: