Saturday, September 24, 2016

Perth Travelogue : Day 4

Hari ni dah hari last kami kat sini.. sedihnya….kejap saja dah nak balik… hahhaha.. happy pun ada juga sebab dah banyak hari tinggal budak budak…. Lepas kemas rumah… sarapan, kami pun bergerak…..check out process hanya dengan tinggalkan kunci dalam tempat yang sama kami check in dulu... Since kita duduk ala ala rumah, sure  make sure la rumah tu bersih balik macam masa kita sampai....

Hari Last ni kami hanya di Freemantle. Tak jauh pun.. lebih kurang 30 minit jouney Sampai je ke Freemantle, kami terus ke San Curros untuk makan churros yang super duper sedap. ada banyak jenis,so aku dengan hubby ambik yang for 2 punya.. sekali dapat.. bapak punya banyak dan besar..


Curros and Hot Coffee


Lepas makan curros, kami jalan jalan di kawasan pier.. subhanallah.. indah sungguh view kat situ… Warna biru laut dan langit cam bergabung…sama sama biru…

Lepas posing lebih kurang, kami pun lunch di Cicerello's.. Menu biasa.. Fish & Chip.. hahhaa..makan sampai lebam... sambil makan.. kami ditemani dengan burung camar yang sibuk nak makan juga.... Lepas makan kami pun gerak ke airport.






On the way ke airport, kami just singgah di stesen minyak untuk refill balik minyak. Kereta kena dipulangkan dengan full tank.

Sampai je airport  pulangkan kereta, dia minta letakkan kunci dalam box yang di sediakan. Then kereta mesti di park di lane 9 atau 10.

Selepas kami setelkan kereta.. kami terus masuk ke boarding sebab  masa tu timing ngam ngam jer.. nak rush check in dan solat lagi....Boarding time pukul 2. Masa tu dah 1.30+.. 

Masa boarding ni kita kena isi borang warna hijau....tips untuk semua.. since dari gate to pintu boarding ni banyak yang kita kena tempuh.. better awal so kita tak la rushing nanti. Checking imigresen pun ambil masa juga.nak isi borang hijau tu lagi. jadi better awal...

Flight kami 4.30 petang... as schedule... kami sampai di KL pukul 9.30  malam... letih.. but one of most memorable trip... akan ku jejak lagi bumi Perth ni.. Insya Allah.



Bye Bye Perth


1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1Part 2Part 3
5) Perth Travelog : Day 4

No comments: