Tuesday, January 02, 2018

Melancong ke Jepun : Persedian & Tips

As salam. ..
Saya nak share beberapa tip tip persediaan ke/semasa di Jepun yg saya dan hubby Mohd Zubir Khalid buat. .Hopefully dapat membantu especially yg bawa anak anak bawah 12 tahun. 1. Injection influenza. Terbaik diambil sebulan sebelum ke Jepun 2.Surat kedutaan Malaysia di tokyo. Surat di hantar melalui email ke kedutaan. Antara info yg perlu di masukkan dalam emel adalah detail perjalanan,no of pax,tempat tinggal di Jepun, pasport,etc




3. Tag keselamatan anak
Ni saya dapat dari group RTJ. Tag ni letak info penting. .if anak kita missing ( minta dijauhi), orang boleh hubungi.



4. Insurance
Of course ni paling penting. Kami ambil dari etiqa.

 5. Ubat ubat
Segala jenis ubat yg perlu. Anak no 3 saya kena ambil ventolin if dia batuk.. so dapatkan dari klinik. Elok juga bawa ubat nasal untuk hidung. Jangan lupa losyen badan,cream muka dan lip balm



6. Mini rice cooker
Kami bawa mini rice cooker. ( refer gambar nanti) boleh masak walaupun bila check voltan lain😅



















7. Kad halal.
Saya dapat info card ni dari group RTJ ni. . Saya print.. dan buat macam kad kecil. Saya bawa dan gunakan untuk beli barang especially makanan...



7. Others
i) seluar track kalis
Untuk jimatkan cost masa main ski,😅 kami bawa seluar track plastik (kalis air). Dlm seluar biasa, luar seluar nipis, waterproof ni.. Beli di jusco rm9. So tak payah risau seluar basah masa main snow...dan tak payah sewa baju untuk ski dekat ski resort.




ii) botol bidet
Untuk toilet yer..senang. .tapi skrg toilet di Jepun dah ada toilet bidet



iii) sim card.
Saya guna hello 1010 yg dibeli dari annie dari group RTJ ni. ... so sampai airport terus boleh guna telefon.

Thursday, September 21, 2017

Lombok With Love (Summary)



Lombok With Love part 1
Lombok With Love part 2
Lombok With Love part 3
Lombok With Love part 4
Lombok With Love (summary)

Lombok With Love : The End

Day 4 : 1st August 2017

Dah last day hari ni... sedih dah nak balik.. nak tinggal Lombok yang awesome ni....
Hari ni takde apa apa activiti sangat.. just shopping then terus ke airport

Bot datang pick up pukul 10 pagi...so pagi tu sempat ke laut dulu mandi laut.. then boleh la en hubby naikkan dron dulu ..
Dari teluk nara, kami ke tempat jual mutiara.. lunch di sana.. (tak ingat kedai apa).. then terus ke tempat souvenir... dari sini kami trus ke airport

Flight on schedule... seblum tu aku lupa.. ada tragedy sikit... hahahha.. monopod kami kena rampas. kata Pak kastam.. " bisa ketuk kepala pilot" adoi... berapa airport dia lepas,.. kat lombok monopod kami terkandas,... hahahha.....

Kami sampai KLIA2 lebih kurang pukul 10.30 mlm.... dari airport, naik ERL ke putrajaya sentral untuk pick up kereta... sampai rumah almost pukul 12.. penat.. tapi Lombok memang seronok...

Lombok with 1001 kenangan... akan ku jejak lagi Lombok...# lombok seronok.. xoxo
mata tengok mana ntah.. hahahha

depan bilik


dengan tour guide mr Galib

Teluk Nara

Malaka

Lombok with Love : Part 4

Day 3 : 31st July 2017

Hari ni activiti adalah ke Pink Beach.. so awal pagi bot dah tunggu untuk ke Teluk Nara. dari sini kami akan naik van sebelum naik bot lagi untuk ke pink beach. If kita tengok map.. pink beach dengan teluk nara ni cam end to end.. timur ke barat.. jauh... :-) memang tobat dah tak mau pie.. hahahha.. tapi bak kata hubby aku.. if tak pergi kita tak tau macam mana... dah pie nie... tobat dah.. insaf.. hahha...
Dari teluk nara, kami lunch di tengah jalan...sedap makanan kat RM Taliwang Nada Alam Nyaman    ( panjang nama kedai) Then sampai di jetty Tanjung Luar. lebih kurang pukul 1pm. tengok ombak pun dah gerun.. hahaha... kami solat dulu kat sini.. then baru naik bot ke pink beach

Journey ke Pink Becah lebih kurang 1 jam ++.. on the way ke pink beach kami singgah di Gili Pasir. Apa yang awesome tempat ni adalah.. tengah tengah laut ada gumuk pasir...hubby aku tanpa berlengah terus naikkan dron.... kena cepat sebab air nak pasang.. nanti pulau ni akan hilang..
Ingatkan singgah kat gili pasir saja.. rupanya.. tengah laut tu ada org jual lobster... fresh ok dari laut.. harga dia lebih kurang 600ribu untuk 1 kg... kami beli,karang bakar kat Pink Beach. Sampai di pink beach.. kami tercari cari pink beach.. hahha..sapa tak nampak pink.. pendek umoq.. hahha ( tiru script Nujum Pak belalang) rupanya.. pink beach ni akan ketara pinknya waktu pagi.. kami sampai dah dekat pukl 3 petang kot... hahaha

Balik dari pink beach laut lagi bergelora.. hahahah.. debar woii.. kami adalah last group yang left pink beach.. lagi gerun .. must reach Tanjung Luar before sunset.. tak mau malam.. takut...tapi nak tak nak balik ke gili trawangan tetap naik boat malam.. hahaha.. kita layan jer gambar ni... walaupun penat.. tapi pengalaman tu sangat awesome....
Kalau nak ikutkan. .if sapa yg stay kat gili trawangan. . Tak payah nak buat byk sangat activity pun ok. .Pulau tu sendiri byk attractions. ..snorkeling boleh depan pantai je. 
Gili Pasir

Pink Beach yang tak berapa pink.. hahahha

Gili Pasir



View dari dron di Gili Pasir
Lobster fresh dari laut..




Kolam lobster


Crepe yang sedap... on the balik ke hotel

Lombok With Love part 1
Lombok With Love part 2
Lombok With Love part 3
Lombok With Love part 4
Lombok With Love : The End
Lombok With Love (summary)

Lombok with Love : Part 3

Day 2: 30th July 2017

2nd day adalah activiti air... snorkeling.. yes!.. ada 3 gili kami akan pergi which are dari Gili Trawangan ke Gili Mano and last sekali ke Gili Air.. Lunch di Gili Air.. Pulau pulau ni penuh dengan mat saleh dan minah saleh

Tgh hari balik ke hotel, rehat.. petang activity berbasikal dan tengok sunset di Ombak Sunset. Sewa basikal RM15/ day ...murah ahhaah..puas la juga kayuh basikal.. hahhaa ....keliling pulau....takde la beasr sangat.. if tak naik basikal.. boleh sewa kereta kuda... tapi mahal sikit la 1 way Rm30. kami pilih naik basikal....selain boleh explore pulau,senang nak manage masa..kami sewa terus dari hotel.. lepas kayuh basikal...malam sakit badan.. hahaha.... padan muka :P

nak tengok penyu

Atas boat

Gili Air

Get ready nak pergi laut

Gili Air




Tunggu sunset

lepas mandi laut..mandi swimming pool pulak


view dari dron

jom naik basikal

Sunset di Ombak Sunset

Lombok With Love part 1
Lombok With Love part 2
Lombok With Love part 3
Lombok With Love part 4
Lombok With Love : The End
Lombok With Love (summary)

Saturday, August 26, 2017

Lombok with Love : Part 2

Day 1 : 29th July 2017

Kami ke KLIA dengan ERL.. plan awal nak catch 1st ERL...lebih kurang 4.45.. tapi tak sempat...hahha.. tak pa.. banyak masa lagi.. boarding 7.50 am Dari rumah ke Putrajaya Sentra dekat je... lebih kurang 15 minit.. Kereta parking di sana.. sebab senang dan rate tak mahal compare KLIA. dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 lebih kurang 15 minit.

Sampai KLIA terus masuk ..sebab nak rush untuk solat Subuh. Orang tak berapa ramai sangat compare masa ke Bandung dulu.

Flight as schedule... kami sampai ke Lombok lebih kurang pukul 12 pm. Waktu Lombok dengan Malaysia sama... so tak payah adjust jam yer..

Sampai ke di Airport Lombok.. kaunter nak chop pasport bukak 1 je.. adus.. panjang gila que dia.. almost 1 jam juga untuk setel. Keluar je dari airport, Stuk dah tunggu ...so terus lunch sebelum jalan jalan...

First destination adalah Sasak tour, tengok traditional kampung orang Lombok.. then ke Kuta Beach.. sempat juga en hubby naikkan dron kat sini...Kemudian ke Bukit Merese.kat bukit sini la wawa zainal buat video klip dia... untuk naik ke atas bukit.. kita kena mendaki dalam 10 minit..lepas puas ambik gambar kat sini.. kami pun turun .. masa tu dah nak hampir gelap dah...nak ke Sengigi pulak..

Dari sini terus ke Sengigi. jauh juga la, almost 2 jam. Sampai ke Sengigi lebih kurang pukul 8 mlm...dah kelam malam dah.. dari sini perlua naik bos ke Gili Trawangan... serammm :P.. sampai kat  Teluk Nara speed boat dah tunggu....dari sini ke Gili Trawangan lebih kurang 15 minit.. dekat dan kejap jer.. tapi oleh kerana malam... seram juga la.. hahhahah...

Sampai di Gili Trawangan.. terus cari kedai makan.. lapaq dongg... lepas dinner, baru cari hotel.. jauh la juga menapak cari hotel.. hahha... sampai di hotel.. reception dah tutup.. tapi dia dah siapkan kunci bilik. terus masuk.. esok pagi baru check in...
Nanti kita sambung pulak 2nd day.. xoxoxo
Kuta Beach

Cantik kan view

Bukit Merese


Lunch di Kedai Puyung Bal

Kita posing dulu

Dalam Van


kebetulan masa tu 1st flight dari Korean Air landing di Lombok

Glamer nama aii..
Kampung Sasak,



Kuta Beach.. photo dari dron


Bukit Merese.. view dari dron







Lombok With Love part 1
Lombok With Love part 2
Lombok With Love part 3
Lombok With Love part 4
Lombok With Love : The End
Lombok With Love (summary)