Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

How much expressed milk will my baby need?

sekarang nie aku dah start tinggalkan baby dekat maid, untuk pergi kedai.. or pegi mana-mana yang dekat.. maid yang baru nie asyik bagi jer susu... nasgis jer, susu....
exampe, semalam aku tinggalkan baby 3 jam... dia abiskan susu 6 oz.... banyak tue... jenuh nanti bila aku naik keja....berapa banyak perlu aku spare

So aku duk search kat internet.. so aku jumpa website nie... yang aku rasa amat berguna....mengira jumlah susu yang diperlukan oleh baby

Monday, July 27, 2009

Stock Breastmilk

Stock Susu....

dah lama tak update stock breastmilk....... alhamdullilah... Irfan dah nak masuk 7 bulan..... walaupun tak berapa suka makan tapi...boleh nak cover stock yang balance tue... Average per day.. 16 0z.....

nie balance stock susu.......dah tak banyak.... nak kena kuatkan lagi usaha nie.......






Saturday, May 23, 2009

Tak rugikan....


Act, aku tersalah beli.. ingatkan boleh buat spare part untuk breast pump.. rupanya, x boleh... tapi, tak rugi terbeli pun... tengak nie.....


Susu yg terkumpul



Banyaknya susuuu....



Proses penuangan susu ke dalam botol.



Dapat 1 ounce susu badan manusia..

Wednesday, April 01, 2009

Minggu ke 3 keja...

Akhirnya... sejak aku pam 3 kali sehari.. ahdulillah.. aku berjaya dapat 24 oz.. nie hasil semalam..... syukur sangat-sangat.. rezeki Irfan ........

Tapi aku dah start risau, bulan 4 nie dah banyak J-card.. macam mana aku nak manage nak pump susu nie...... takper... tak kira apa pun.. aku tetap nak pegi EBM......

Wish me Luck.... Insya allah..... Allah akan permudahkan...Amin


Monday, March 30, 2009

Alhamdullilah....

hari jumaat lepas stock susu berkurang......tapi alhamdullilah... berjaya recover... buat macam mana.. hehhe.. aku paksa diri.. aku pegi pam pkul 2.30, sekali.. lepas tu kul 5.30 pm.. akhirnya aku dapat kumpul 18oz ari tue.....



p/s- gambar ambik kat surau....18 oz, rezeki Irfan

Friday, March 27, 2009

Minggu ke 2 keja.. Mayday.. mayday..

Risau lah... sejak semalam stock susu dah kurang skit.. biasanya aku akan dapat dalam 18-19 oz,. tapi semlm 17 oz.. 2 hari lepas 16 oz....macam mana nak buat nie......

kena cari petua-petua nie....tapi semua petua dah buat dah.. cuma minum air halba jer belum.....

nie pic yang berjaya EBM pagi tadi.. normally dapat 10 or 9 oz.. nie 8.5 oz......

tolong.......


Saturday, March 21, 2009

Irfan demam

Pagi tadi mama bawa Irfan pegi HPI opps.. dah tukar nama HPA @ H*spital Pantai A*pang... ahamdullillah... Irfan demam biasa jer......viral fever.....

Mama dah keja seminggu... nie summary EBM yang mama dapat sepanjang kat Opis

16/3/2009  : 18 oz
17/3/2009 : 19 oz
18/3/2009 : 20 oz
19/3/2009 : 19 oz
20/3/2009 : 19 oz
21/3/2009 : 18 oz

Tuesday, March 17, 2009

1st day kerja...

Semalam 1st day masuk kerja.. emm... memang takde mood.. hehehe.. motivation "0", emm.. tapi yang happy nyer..semalam dapat kumpul 16 oz EBM..... alhamdullilah.. rezeki Irfan.....

Cerita pasai Irfan.... He's a very good boy... mama keja semalam... dia ok.. tapi sebaik jer jejak kaki kat rumah.. dan dengar suara mama.. terus cari -cari... lepas tue terus nangis... sweet sgt....

Sebab baru keja, so work load belum banyak lagi... actually, aku belum sedia pun untuk nak buat keja.. hahhaha......



nie gambar EBM yang berjaya diperah...


Thursday, March 12, 2009

Menambahkan susu badan


1.Menyusu (direct feed) atau Pam lah susu sekerap yang boleh. FEEDING IS ON DEMAND. Dan Konsep demand & supplyNamun sebagai panduan: every 1 1/2? - 2 hours sewaktu siang dan every 3 hours mesti kejutkan baby utk menyusu. Jika pam, Walaupun hanya dapat 1 oz, its ok. teruskan mengepam dan menyimpan. Lebih bnyk demand, lebih bnyk supply.


2. Susuilah baby kedua2 belah payudara sehingga baby sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih bnyk penghasilan susu.


3. Walaupun digalakkan ibu direct feed baby mereka, namun jika ada yg tidak dapat berbuat demikian kerana kerja dsb, pam lah dengan menggunakan pam yg baik dan hospital grade kerana ianya membantu ibu2 yang menyusukan anak secara eksklusif. Ini diakui ramai. Pilihlahpam yang berbaloi walaupun agak mahal.


4. Pastikan baby meet all his sucking needs atau menghisap pd kadar maksimum pada payudara. Didapati ada bayi yang gemar menggonggong, sukar lepaskan puting mamanya. Biarkan si manja menghisap as this will help to stimulate mom’s supply. JANGAN/JAUHI puting/pacifier atau dummies.


5. Dinasihatkan tidak introduce baby kepada makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan stimulation pd breast si ibu. Jika anda khuatir adakah si anak cukup susu ibu dr payudara, anda boleh lihat diaper baby dan kekerapan baby buang air kecil atau besar.


6. Dari segi penjagaan si ibu pula, rehatlah sekucupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti) as proven skin to skin contact akan encourage baby utk menyusu sekerap mungkin.


7. Dr segi pemakanan, minumlah air masak secukupnya. Ada pelbagai supplement untuk menambah susu ibu, namun tidak semuanya ’serasi’ dengan si ibu. Antara yang berkesan adalah fenugreek. adalah lebih bagus jika ibu mengambil fenugreek dan menyusu/pam sekerap yang boleh, kerana ianya akan meningkatkan keefisienan penghasilan air susu ibu. Fenugreek selamat untuk bayi jika ibu mengambilnya pd dos yang betul. Namun bagi ibu yg sedang mengandung atau athma, anda tidak dibenarkan mengambil fenugreek. Selain itu, pil ASI jga membantu. Pil ASI adalah jamu yang boleh meningkatkan air susu ibu. Namun, dos yang sesuai juga harus diambil utk mengelakkan kesan pd bayi yg disusukan. Milkmaid tea, Melilea Soy Oranic, Organic Henry, dan pelbagai protein lain juga boleh diambil kerana protein dan kalsium membantu in increasing milk supply. Drugs/pil2 hormon juga boleh diambil seperti maxolon, motilium, domperidone, raglan (ini boleh lead to depression/mood swing). Tetapi, dapatkan prescription doctor pakar sebelum mengambil pil2 ini.


8. Supplemen tradisional: Oh, ini merupakan amalan org2 tua dulu2 yang sememangnya tidak pergi ke farmasi atau berjumpa doctor. Saya ingin cadangkan HALBA( yg selalu digunakan dlm masakan nasi dagang), menggantikan fenugreek yang sgt efektif utk menambahkan air susu ibu. So, kalau anda tak berkesempatan beli suplemen di farmasi, beli saja halba di kedai2 runcit. InsyaAllah ada kesannya. Lobak putih, pegaga, pucuk betik, jantung pisang, sawi, daun cekur manis, kacang hijau, kacang tanah, daun kucai, petola, bayam, longan kering juga dipercayai boleh meningkatkan air susu ibu. Anda boleh cuba pelbagai masakan. Selain menambah susu, anda boleh polish skill memasak =) Suami pun makin sayang =)


8. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi. Ketika berjauhan, pam lah susu keluar sambil lihat gambar anak di hp, atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dlm hidup. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan (tidak stres) dan di banyakkan air susu. Usaha + tawakkal adalah sebaiknya.


source: http://www.sarakids.com

Tuesday, March 10, 2009



Nak mula kerja....
minggu depan mama dah nak mula keja... so mama kena search berapa banyak mama kena tinggal EBM untuk Irfan.. since ni 1st time mama fully breastfeed baby mama.......risau gak takut tak cukup....
nie sumber yang mama dapat dari www.susuibu.com

culcalation untuk berat badan baby = berapa banyak susu kena bagi.....
1) 3-4kg akan minum 3.5oz susu setiap 2jam
2) 4-5kg minum dekat2 4oz setiap 2jam

3) 5-6kg minum 4.5oz setiap 2jam
4) 6-7kg minum 5oz setiap 2jam
berat irfan dah 5 kg ( last month timbang) so banyak jugak susu mama kena tinggal untuk Irfan yer......

Thursday, February 26, 2009

Breastfeed

Hari nie hari yang ke 46... Alhamdullilah.. aku fully breastfeed Irfan.. walaupun masa awal-awal pantang, aku hampir-hampir give up.... 
aku respect betul working-working mother yg breastfeed baby... kalau diaorang boleh.. aku pun boleh.......cuma aku risau bila kena outstation.....

semakin hari knowlegde aku makin banyak pasai EBM nie....... napalah masa 1st baby dulu aku takde awareness .... menyesal..... kesian Anis.....

Sekarang daily, aku mampu buat 12 auns susu... keep stock sebelum masuk keja........

Ya Allah.. berilah aku semangat untuk menyusukan Irfan.. sehingga 2 tahun.. Amin...

Thursday, January 29, 2009



18 hari...

Berat Irfan dah increase 3.8kg.. fully breastfeed.....
Mama sayang Irfan