Saturday, August 26, 2017

Lombok With Love Part 1

29th July - 2nd August 2017

Trip ke lombok ni dah rancang lama dah.. tiket flight beli lebih kurang setahun lepas.. hahhahaha.... Trip kami 9 orang,  Actually ni trip adik beradik @ anak beranak.. sebab kakak adik  sepupu. mak saudara pak sedara semua ada..hahahha....

Hotel kami ambil ni di Gili Trawangan ( book thru Agoda) so total 4 hari di sana sana. .kami stay di Gili Palm Resort.. memang recommended la.. sangat selesa,.. kalau yang duk gili trawangan.. tak payah nak cari aktiviti sangat dekat pulau lombok pun ok... sebab snorking, naik basikal .. pun dah best..

Tour kami ambik dari Stuk Rinjani Mountain. Yang ni pun memang puas hati.. aku bagi 5 Stars untuk dorang. Tour guard yang ikut kami nama dia Galib.. memang baik budak dia. Stuk ni tak ikut sebab dia naik Rinjani...hahahha....

Lombok ni secara general ada 2 part. Pulau Lombok dan small islands sekeliling dia, Ada 3 pulau @ gili yang famous which are Gili Trawangan ( yang kami stay) Gili Air and Gili Mano. Yang paling happening Gili Trawangan.

Itinerary kami lebih kurang cam ni:

Day 1
- Arrival
- Sasak tour
- Pantai Kuta, Bukit Merese
- Transfer to Gili Trawangan

Day 2
- Gili Tour
- Snorkeling
- Sunset View @ Ombak Sunset

Day 3
-Pink Beach
- Gili Pasir
- Gili Petelu

Day 4
- Back to Lombok
- City Tour
- Shopping
- Airport Transfer

Untuk pakey ni dorang ambik RM 400/ person. Sangat berbaloi... sebab asyik ulang alik dari lombok ke gili trawangan tu je dah berapa kali
Pakej kami consist of transport, bot,snorkeling tour guide+ jalan jalan.. even masa activity naik  basikal ni pun..Galib ni bawa kita org. . . Memang awesome.. ( kalau nak lagi economi...ambil terus total pakej + makan & hotel. .lagi berbaloi )
Makanan tak susah nak cari yang halal sebab orang lombok ni 90%  Islam



Tunggu Boarding

Selamat datang Ke Lombok



Lombok With Love part 1
Lombok With Love part 2
Lombok With Love part 3
Lombok With Love part 4
Lombok With Love : The End
Lombok With Love (summary)

Sunday, September 25, 2016

Penginapan di Perth

Sepanjang di Perth, kami hanya duduk di 2 tempat.

a) 1st day di Restawille Motel di Busselton yang di book melalui Agoda

Motel di Busselton

b) Homestay di Thornlie. Owner dia adalah orang Malaysia. Booked melalui Airbnb. Rumah ni dilengkapi dapur,washing machine dan 3 bilik tidur. Untuk harga sile check dekat detail  post persediaan.
Bilik Tidur

Dapur


2nd Bedroom

Ruang Tamu



1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4

Saturday, September 24, 2016

Makanan dan Food Places di Perth

Variety food food yang kami makan... Kami tak skip langsung meal.. tambah lagi ada . hahhaha

Fish & Chip
Signature of Perth. Memang wajib try. Average price dalam AUD10. Amount dia besar dan banyak. Puas hati makan, boleh tahan kenyang sampai malam. Kami try di 3 daerah sepanjang di WA nie which at:
1. LJ di Lancelin
2. Blue Ocean di Augusta
3. Ciceollos di Freemantle

Curros
Lagi satu menu wajib di Perth, adalah curros. Kami makan di San Curros di Freemantle. Prefect combination dengan hot coffee...Marvelous

Hot Chocolate
Seharusnya di Margaret River Chocolate Factory

Pavlova
Sebab nak makan strawberry Australia, so kami bawa crust dari Malaysia. whipped cream pulak beli di Coles

Nando's
Nandos di sini halal, so tak payah was was.. if dah jemu makan ikan. so bolehlah makan ayam. Kami makan Nandos di Beechboro on the way dari Caverham. dalam 10 minit cam tu..

Makanan Melayu
Ada kat Insan Cafe.. semua ada masakan Melayu.. tom yam, nasi goreng.,Average price AUD10
teh tarik dia sedap... AUD3.. equal to RM12... hihih...kedai ni betul betul tengah city, sebelah Chemist Wholesale

Makanan Segera
Selain dari maggi cup, kami bawa Nasi Segera dari Nasgera. Hanya masukkan air panas, 2 minit siap. Paling recommeded adalah
1.Nasi Lemak ( ada kacang, sambal, ikan bilis)
2. Nasi goreng
3.Nasi Asam Pedas. ( Asam pedas memang sedap ank best lagi tambah la lauk Brahim)

Dessert
Kami pergi Danish Patisserie. Sini ada halal logo, so tak payah was was

List of Summary Makanan kami
Makannan yang kami makan sepanjang di Perth

Tengok saiz Fish & Chip dia.. gila kenyang

Hot Chocolate

Nasi Segera dari Nasgera

Food declaration List untuk immigration


1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4

Perth Travelogue : Day 4

Hari ni dah hari last kami kat sini.. sedihnya….kejap saja dah nak balik… hahhaha.. happy pun ada juga sebab dah banyak hari tinggal budak budak…. Lepas kemas rumah… sarapan, kami pun bergerak…..check out process hanya dengan tinggalkan kunci dalam tempat yang sama kami check in dulu... Since kita duduk ala ala rumah, sure  make sure la rumah tu bersih balik macam masa kita sampai....

Hari Last ni kami hanya di Freemantle. Tak jauh pun.. lebih kurang 30 minit jouney Sampai je ke Freemantle, kami terus ke San Curros untuk makan churros yang super duper sedap. ada banyak jenis,so aku dengan hubby ambik yang for 2 punya.. sekali dapat.. bapak punya banyak dan besar..


Curros and Hot Coffee


Lepas makan curros, kami jalan jalan di kawasan pier.. subhanallah.. indah sungguh view kat situ… Warna biru laut dan langit cam bergabung…sama sama biru…

Lepas posing lebih kurang, kami pun lunch di Cicerello's.. Menu biasa.. Fish & Chip.. hahhaa..makan sampai lebam... sambil makan.. kami ditemani dengan burung camar yang sibuk nak makan juga.... Lepas makan kami pun gerak ke airport.






On the way ke airport, kami just singgah di stesen minyak untuk refill balik minyak. Kereta kena dipulangkan dengan full tank.

Sampai je airport  pulangkan kereta, dia minta letakkan kunci dalam box yang di sediakan. Then kereta mesti di park di lane 9 atau 10.

Selepas kami setelkan kereta.. kami terus masuk ke boarding sebab  masa tu timing ngam ngam jer.. nak rush check in dan solat lagi....Boarding time pukul 2. Masa tu dah 1.30+.. 

Masa boarding ni kita kena isi borang warna hijau....tips untuk semua.. since dari gate to pintu boarding ni banyak yang kita kena tempuh.. better awal so kita tak la rushing nanti. Checking imigresen pun ambil masa juga.nak isi borang hijau tu lagi. jadi better awal...

Flight kami 4.30 petang... as schedule... kami sampai di KL pukul 9.30  malam... letih.. but one of most memorable trip... akan ku jejak lagi bumi Perth ni.. Insya Allah.



Bye Bye Perth


1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4

Tuesday, May 31, 2016

Perth Travelog : Day 3 Part 3

Dari Kings park ke Barack st ni dekat jer.... Objective kat sini adalah beli souvenir dan perfume.
Souvinier beli di City Gifts & Souvenirs; dan perfume pulak di Chemish Warehouse. semua ni dekat dekat jer. Kami parking di Pier Street carpark. Then jalan kaki je ke semua tempat tue...

Malam ni kami dinner di Insan Cafe, betul betul sebelah kedai perfume nie...Average harga kat cafe ni adalah AUD10. Lepas dinner. kami ke Elizabeth Quay pulak. Dekat je dari city... sesapa yang datang wajib ambik gambar kat sini, sebab memang superb. Keindahan rimba kota yang sangat awesome



Barrack Street
Depan kedai
dah lepas borong
Perfume dekat Chemist Wholesales


Elizabeth Quay

Hutan bandar yang sangat Awesom. Muka semua dah letih tu..



1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4

Perth Travelog : Day 3 Part 2

Next destination adalah Blue Boat House di Swan river. Tempat ni sangat unik  Background dia macam dalam poskad. Blue Boat ni  sebenarnya betul betul tepi jalan raya jerr.. ..tapi bila ambik gambar, gambarnya amatlah subhanallah..sangat awesome. Nak ambil gambar kat sini kena Q, sebab ramai nak ambil gambar.. nasib kami baik.. masa kami datang  tempat ni masih kosong.

Untuk ke sini ada beberapa parking.. boleh parked kat situ dan kena la jalan skit..kat Ausisse ni tak boleh la suka suka nak parking mana mana.. kang kena saman susah...

Alhamdulilah..rezeki kami kat kat Blue Boat.., sebab kami nampak dolfins kat sini tengah main main dengan boat.. hahahha..  rezeki, rezeki nampak juga dolphin since kami tak pergi madurrah pun untuk activities tengok tengok dolphins nie...

Selepas Blue Boat ni kami ke Kings Park untuk picnic dan makan pavlova. Crust dibawa dari Malaysia. Cream dan strawberry beli di Coles. Strawberry kat sini ni memang sangat manis....



cantik view dia

Feeling Hindustan

all team

tengak rumput dia... hijau betui
model pavlova

feeling jiwang jiwang skit

View dari Kings Park
Next pit stop adalah Barrack St untuk shopping souvenir dan perfume.. yeaaa.. at last shopping time....

Next
Perth Travelog : Day 1 Part 1
Perth Travelog : Day 1 Part 2
Perth Travelog : Day 2
Perth Travelog : Day 3 Part 1
Perth Travelog : Day 3 Part 2
Perth Travelog : Day 3 Part 3

Perth Travelog : Day 3 Part 1

Perth Travelog : Day 3 Part 1

Hari  3 agenda hanya di Perth City. Pagi ni sarapan spageti goreng. Bahan mentah di beli di Coles. Sebelum ke Caversham,fFirst destination ke Danish Pattisseries. Jangan risau,  ada halal certification. Danish Danish kat sini agak murah ( compare to others bakery  shop di Perth) dan rasanya sedap.  

Dari sini kami terus ke Caversham Park. Ada animal show pada pukul 10.00 am.. tapi rasanya tak sempat, sebab sampai pun dah pukul 10. Caversham Wild Life park ni adalah pusat pemuliharaan kangaroo, koala, wombat. Tiket masuk AUD27.  In schedule kami di sini sampai pul 12.00 tgh hari.  Kami solat jamak dekat sini, since dia ada area berbumbung.. alang alnag ada ramai org Malaysia tengah solat kat sini jugak… so tumpang sekaki….so tak la awaken sangat

Fakta tentang Koala bear : Perlu tidur 22 jam sehari, kalau tidak sakit.. masa dia tidur tak boleh sentuh. Bising ok.. macam orang, if tidur, then ada orang sentuh sure terjaga kan.. sama macam koala

Dari Caversham, kami pergi lunch Nando di Beechboro… lebih kurang 10 minit jer dari Caversham ni… Don’t worry Nando’s ada halal.. boleh dimakan tanpa was was... dah boring dah makan fish and chip...hahahah


Assorted
Halal Certificate
Depan kedai Danish


Depan pintu masuk
Gang travel@ Perth

Hubby jumpa kawan dia
With Sisters

With my sista


with Wombat
Dengan koala

makan Nando's 1 set lebih kurang AUD15


1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4