Saturday, May 21, 2016

Perth Travelog : Day 2

Perth Travelog : Day 2

Schedule patut keluar pukul 7.30 am, tapi terlewat skit.. kul 8.00 am baru gerak. Breakfast kami adalah  Nasi  Lemak Nasi dari Nasgera. Lepas berakfast, kami checkout. Our first destination adalah Busselton Jetty. Jarak dia lebih kurang 15 minit jer dari motel...Jetty nie adalah the longest wooden jetty di Hemisfera Selatan..hebat kan...

Lepas posing lebih kurang.. kami bergerak ke Augusta which ke Cape Leeuwin Lighthouse. Top 10 National Geography Ocean View. Kat sini juga adalah tempat di mana pertemuan 2 laut. – Indian Ocean & Southern Ocean. nak masuk sini kena bayar AUD8. Dia siap bagi alat cam walkie taklie untuk dengar explanation setiap landmark. Ala ala tourist guard.  Lunch kami pulak di Blue Ocean tengah tengah town Augusta.

Lepas lunch, kami bergerak ke Margaret River Chocolate Factory..On the way ke sini, kami sempat singgah di Ladang Anggur kat tepi jalan Briarose Estate. Since sekarang musim luruh, so takde la angguryer.. ambil gambar dengan pokok anggur jer... Solat pulak di town Margaret River. Ada public garden… ada toilet kat situ untuk ambil wuduk… solat atas padang jer….letak sejadah, then solat kat atas rumput jer....(lupa pulak nak ambil gambar)

Di Margaret River, kami hanya minum hot chocolate. Nak beli chocolate agak mahal… hihihi, so tak beli pun…. Dia ada bagi free sample, so la pau skit.. sebab takde control pun…. Kami bergerak dari Margaret River lebih kurang pukul 5.30 pm, so dari sini terus ke our homestay di Holiday Cottage House di daerah Thornlie.. Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 pm. Sempat singgah di Coles untuk beli barang grocery skit...

Masa di Coles ni ada kejadian sikit, agak horror la juga....begini ceritanya, sampai saja di Coles, kami yang ladies ni masuk Coles, hubby aku teman, since masa tu dah 8.30pm , Coles ni pun nak tutup..( closed at 9.00 pm) dah nak tutup.. so agak sunyi skit....hubby adik aku dengan hubby kawan aku ni lepak kat parking sebab dorang nak smoking... so masa smoking ni.. dorang didatangi orang Australia.. (  maybe tapi nampak lebih Middle East) untuk "pow" rokok... siap panggil  "eh Asian people".. garang siut..  dorang takut ..takut terus bagi.. hahaha.. . ( habis stock dorang)..dah la rokok kat Perth AUD30... yang masuk dalam Coles ni tak tau pun yang kat luar kena pow... yang kami nampak.. budak budak tu lari lari masuk dalam Coles, gelak gelak... so kami siap mengata .. ni golongan rosak ni... tak sangak pulak.. dorang lari ke dalam sebab seronok dapat pow rokok...ingatkan  kes pow tu je ..sampai situ jer..


Tapi masa  kami nak balik.. gang gang  ni tadi tengah bergaduh la pulak. berebut perempuan ke tak tau la.... bertumbuk- tumbuk/ berdarah-darah dekat  area parking kereta kami. fuhh..kami tak berani nak dekat dengan kereta pun.. last sekali kami minta tolong guard untuk teman bawa ke kereta... cepat cepat masuk kereta.. then terus ke homestay.. fuuhh.. berdebar-debar ooo... pengalaman betul.. hahahha..Rupanya. since rokok sangat mahal, jadi dorang pantang tengok orang lepak hisap rokok.. they try to pow..


Sampai je  Homestay terus mandi.. dinner kami Maggie dan Nasi segera lagi.. Lepas dinner.. terus...zzz...letihhh...



Depan motel
Background Busselton Jetty
Welcome to Augusta
Dah nampak rumah api Cape Leeuwin
aksi Lompat.. hihiih
Lompat si Katak Lompat
Cape Leeuwin
I love this picture
Pertemuan 2 lautan
Best photo






Depan Motel



The Longest Wooden Jetty in  South Hemisphere 




Top Ten Ocean View

Ladang Anggur







Minum Hot Chocolate


Pokok Mapel



1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4

Thursday, May 19, 2016

Perth Travelog Day 1 Part 2

Perth Travelog : Day 1 Part 2

Permandangan yang cantik sepanjang jalan, dengan suhu dengan sejuk.. sangat mengagumkan. Di tengah jalan, kami singgah di caravan base camp untuk ambil gambar….lepas posing lebih kurang… kami pun gerak balik ke Lancelin. Jalan raya agak sunyi..maybe sebab hari isnin kot…

Tepi Jalan

View on the way ke Lancelin
Sampai di Lancelin kami terus ke “Have a Chat” Store untuk sewa sand board. Sewanya adalah AUD10 untuk 2 jam. Deposite AUD50. Sand boarding memang best. Walaupun nampak panas.. tapi sebenarnya sejuk… pasir sejuk cam ais… hahhahah… Selepas sand boarding, kami  pergi lunch Fish & Chip dekat LJ shop. Kedai ni betul betul dekat area area kedai dekat Lancelin ni. Lepas makan, kami terus gerak ke Pinnacles Desert.

Welcome to Lancelin
Sand boarding

Surfing konon
Lunch di LJ
Makan Fsh & Chip
Journey dari Lancelin ke Pinnacles lebih kurang 1 jam. Perjalanan ke sini menggunakan jalan persisir laut. Kita boleh nampak Lautan Hindi yang sangat cantik di belah kiri jalan.  Masuk ke Pinnale ni kena bayar AUD12 per car .Pinnacles ini adalah desert dari batuan limestone yang tumbuh merata tempat.. sangat unik and cantik...walaupun namanya desert, since kami pergi musim sejuk.. so desert ni sejok okayy... Kami ambil wuduk di sini dan solat di Hangover Bay. Solat tepi laut, Musafir kan..… awesome sangat tenpat ni...…

Pinnacles Desert



Selepas solat, kami pun bergerak ke Lancelin semula untuk mengisi minyak. Kemudian terus bergerak ke Busselton.  Jarak ke Busselton adalah sejauh 348km dan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Sekarang Perth adalah autumn. Jadi malamnya cepat.. lebih kurang pukul 5 dah gelap.

Hangover Bay
Jounery to Busselton waktu malam agak mengerunkan.. jalan raya agak sunyi. Aku berdoa sepanjang jalan agar perjalanan ni takde masalah.. mana la tau kan kanggaro melintas ka.. ( If baca blog, tak digalakkan drive malam-malam) tapi sebab terpaksa.. if tak.. tak jalan malam, tak sempat nak cover sebab short trip ..huhuhu


Singgah kedai minyak untuk toilet break
Kami sampai ke Busselton lebih kurang pukul 9 malam. Kesian receptionist tu kena tunggu kitaorang. Kami stayed di Restawile Motel. Book thru Agoda. Bilik yang cantik dan selesa .Highly recommended. Malam kami dinner dengan Nasgera ( senang masuk air panas 2minit siap) saja since semua kedai dah tutup…. Suhu sangat sejuk..lebih kurang 8C.. memang kena pasang heater.. sebab tak tahan…. Selapas makan.. semua zzz.. esok jouney will start at 7.30 am konon.

Dah sampai motel
Nasgera untuk Dinner 

Sekian untuk day 1



1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4

Perth Travelog : Day 1 Part 1

Perth Travelog : Day 1 Part 1

Introduction skit.. trip ke Perth ni adalah trip ke 3 aku dgn hubby pergi without kids.. tapi kali ni bukan bedua, tapi ber6, aku dengan hubby, adik aku dengan hubby dan kawan opis aku dengan hubby dia.

Dalam flight
Flight kami pada pukul 12.05 am. Journey mengambil masa 5 jam 40 minit. Flight menu diserve lebih kurang 1 jam selepas departure.  Flight was smooth, just a few time ada turbulence. Pilot siap buat lawak suruh  sentiasa pakai tali pinggang keledar since ada few flight yang customer injured a few days ago   ( emirates dan Hong Kong airline).. hahahha pysko…silalah bawa selimut dan penutup mata if nak tidur dengan selesa.. sebab agak cerah and sejuk....

Kami sampai di Perth 10 minutes earlier from schedule, so lebih kurang 5.30 am. Ding dong ding dong.. dalam pukul 6 baru sampai imigration. Since dok baca dalam blog kata depa ni check detail.. so kami agak cuak la… dalam borang declare tu kami tick. Makanan bawa, ubat bawa…etc. Alhamdullilah.. Immigration interview lebih kurang… kami dibenarkan keluar..  beg tak dibuka pun….syukur..syukur. Keluar je dari Imigration, kami terus rush untuk solat subuh. Di airport Perth ada surau. They called “silence room”Tempat wuduk ada di dalam so senang.. cuma lelaki dengan perempuan bercampur

Baru sampai Perth


Lepas solat adik aku nak mandi.. kat airport ni ada shower room, so boleh mandi dengan selesa. Lepas setel semua, kami keluar mencari kereta di kawasan parking. Kami booking Toyata Tarago @ Estima . Suhu di Perth dalam 4 ®C. Sejuk ooo… selepas ambil kereta, kami pun mulakan journey kami ke  Lancelin untuk bermain sand boarding.  Journey dia lebih kurang  2 jam @ 131 km. Breakfast adalah roti ikan bilis gardenia yang d bawa dari Malaysia bersama dengan kopi yang dibeli di airport.
 
Dah siap tukar baju... jommm
Kereta sewa  Toyata Tarago



1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 - Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 - Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4


Persediaan ke Perth- General Info, Budget and Expenses


Preparation sebelum ke Perth

Visa
Bayaran untuk Visa adalah sebanyak RM20. Boleh di buat online. Kami buat di IAdventure Escape.  ( www.iae.travel). Pejabat dia di KLCC. Bayaran RM20. Visa siap on the spot. As complimentary dapat sim card Aussie Optus yang ada AUD2 dengan 500mb untuk daily used
 Image result for view musim luruh di perth
Waktu
Waktu Perth sama dengan Malaysia, so tak perlu adjust jam. Cuma malam di Perth ni cepat gelap

Matawang
Sila rujuk latest currency. Normally RM X 3.01

Barang Larangan
Australia ni agak straight untuk membawa masuk barangan yang berasaskan tenusu, daging. Even dia sangat particular dengan tanah yang melekat pada selipar yang kita bawa. Sila declare semua barang makanan yang dibawa masuk untuk keselamatan tidak di buang dan didenda

Rokok maksimum boleh dibawa adalah 50 batang. So sila beware yer.

Kenderaan
Pemandu adalah Right Driver, jadi tak de masalah untuk drive di Perth. Lesen antarabangsa tidak diperlukan. Make sure lesen memandu Malaysia  masih valid. Halaju di Perth max adalah 110km/jam.(tak semua area) Sila patuhi halaju . Denda adalah tinggi … lebih kurang AUD 300.

Kami ambil kereta dari Burswood  ( www.burswoodcarrentaks.com.au) Ambil dan pulangkan di Aiport. Senang tak payah susah susah. even kami tak jumpa pun owner dia kereta. Duit paking dia letakkan dalam dashboard.Masa nak keluar dari  parking airport nanti kena bayar...

Kami ambil unlimited kilometer with full insurance covergae. Since tak jumpa pun owner kereta masa ambil kereta tu. dia akan bagi defect list dalam dashboard kereta. So silalah check dented, calar dan sebagainya masa ambil kereta tu.

Kunci kereta ada diletakan dalam peti besi dalam kereta. Dia akan email the password. Masa nak pulangkan kunci pun sama. letakkan kunci dalam box tu lock dan biarkan. Syarat dia hanya park di Lane 9 or 10.




Travel Insurance
Kami ambil dari Etika. Ada 2 cara untuk beli,:
1.Beli online, then print policy
2. Boleh walk in beli di mana mana Maybank




Cuaca
Perth mengalami iklim mediteranian. Ini bermakna sepanjang tahun secara amnya cuaca panas dan nyaman. Pada musim sejuk, mash ada matahari walaupun hanya sketika pada watu siang

Musim Bunga
September – November

Musim Panas
December – February

Musim Luruh
March—May

Musim sejuk
June -- August

Surau
Di aiport Perth ada Surau. Dia panggil Silence Room. Yang lain lain.. kami solat di padang, or hidden place... senang senag je as long ada toilot untuk wuduk




Surau di Airport Perth
Tools/ gadget
1. Detail Itinerary dengan file folder yang ada banyak poket untuk letak semua document penting masa travel
2. Telefon + google map yang dah didownload dari Malaysia siap siap.. Alhamdulilah 100% accurate
Telefon ttu dah di download dengan google map.. So boleh guna secara offline without data

                                             Click here to view itinerary in pdf  (easier to read)

Summary Journey kami


Budget  & Expenses
Total Expenses kami lebih kurang RM1500/ person..Cuba tengok detail kat bawah





1) Persediaan ke Perth
     - Penginapan
2) Perth Travelog : Day 1 Part 1, Part 2
3) Perth Travelog : Day 2
4) Perth Travelog : Day 3 Part 1, Part 2, Part 3
5) Perth Travelog : Day 4


Wednesday, February 10, 2016

Pengembaraan Epik Ke Bumi Gajah Putih

Ni trip yang dah lama.. yang tak di upadate

Raya Cina 2015










Summary Trip to Korea

Itenery Sepanjang di Korea

MRT Route